Saturday, August 5, 2023

Rumusan Media Pengajaran Dan Pembelajaran

 

      Media pengajaran merujuk kepada pelbagai alat, teknologi atau bahan yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dan bahan pelajaran kepada pelajar dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pembelajaran. Media pengajaran terdapat dalam pelbagai format seperti buku teks, audio, video, persembahan multimedia, perisian pendidikan, model fizikal, papan putih interaktif dan lain-lain. Penggunaan media pengajaran yang sesuai dapat meningkatkan kualiti pembelajaran, memudahkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran contohnya melalui penggunaan imej, video dan contoh visual yang lain dan meningkatkan motivasi pelajar dengan menyampaikan kandungan pelajaran secara menarik dan lebih interaktif. Dengan kata lain, media pengajaran adalah untuk memudahkan penyampaian bahan pelajaran, memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar melalui penglibatan aktif dalam pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan menyediakan akses pembelajaran dalam pelbagai persekitaran dan masa.

Guru seharusnya peka kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penyediaan media pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan media pengajaran yang sesuai dan releven akan meningkatkan kualiti pembelajaran dan membantu dalam perkembangan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar, berkesan dan lebih cekap tanpa pembaziran masa. Penyediaan media pengajaran haruslah melalui langkah-langkah seperti pencetusan idea, menyatakan objektif, analisis pelajar, mengumpul dan menyusun bahan, menukar idea ke bentuk visual, merancang penglibatan pelajar, semak perancangan dan penerbitan. Selepas penggunaan media pengajaran, haruslah dianalisis semula media tersebut samaada ia berkesan atau tidak. Sekiranya masih kurang berkesan, maka perlulah disediakan semula media pengajaran tersebut.

       Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingati bahawa media pengajaran tidak boleh dianggap sebagai pengganti kepada peranan guru atau interaksi antara guru dan pelajar. Guru kekal sebagai elemen utama dalam memberikan bimbingan, memberikan penerangan, dan menyokong proses pembelajaran pelajar. Media pengajaran hanyalah alat yang dapat memperkayakan pengalaman belajar tetapi keberhasilannya bergantung kepada seberapa baik media tersebut diintegrasikan ke dalam proses pembelajaran secara keseluruhan. Penggunaan media pengajaran hendaklah diseimbangkan dengan strategi pengajaran yang berkesan dan perlu diberi perhatian terhadap keperluan dan ciri-ciri pelajar. Dengan memanfaatkan media pengajaran dengan tepat, diharapkan proses pembelajaran menjadi lebih menarik, efisien dan bermanfaat untuk pengembangan pengetahuan dan keterampilan pelajar.

Tuesday, August 1, 2023

Paradigma Perkembangan Media Pengajaran










 

Konsep & Pengertian


 





1) MEDIA

 

Heinich (2002)

 

- Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Media digunakan untuk membantu proses komunikasi.

 

 

Schram (1977)

 

Media merupakan teknologi pembawa maklumat yang dapat di manfaatkan untuk keperluan pembelajaran.

 

 

Torkleson (1972)

 

Media perlu mempunyai 3 bahagian :

 



 

a) Mesej:

lsi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan.

 

b) Bentuk Mesej:

Bagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.

 

c) Saluran Mesej:

Peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD dan sebagainya.

 

 

Briggs (1970)

 

Media ialah alat untuk memberikan perangsang kepada pelajar supaya berlaku proses pembelajaran.

 

 

Gagne (1970)

 

Media ialah pelbagai jenis komponen yang dapat merangsang pelajar untuk belajar.

 

 

 

2) MEDIA PENGAJARAN

 

Heinich (2002)

Jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media tersebut digelar sebagai media pengajaran.

 

Kemp dan Smellie (1994)

Media pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu pengajaran.

 

Ngui Kuan Sang (1989)

Satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan atau pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman yang total.

 

Schram (1977)

Media pengajaran adalah teknologi pembawa pesan yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pengajaran.

 

Brown (1973)

Media pengajaran ialah yang digunakan dalam kegiatan pengajaran dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran.

 

 

3) BAHAN BANTU PENGAJARAN

 

Noor Azlan dan Nurdalina (2010)

 

Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang signifikan dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep yang diajarkan oleh guru serta mampu meningkatkan motivasi instrinsik dalam diri murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.

 

 

Omardin Ashaari (1999)

 

Bahan bantu mengajar dapat mengatasi pelbagai permasalahan yang berkaitan dengan pengajaran guru untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.

 

 

Brown (1983)

 

Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu kelengkapan yang digunakana oleh guru atau murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah.

 

 

Atan Long (1982)

 

BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara bagi tujuan untuk membantu guru dan murid. Bahan ini diterbitkan dalam buku, carta, atau slaid yang ditayangkan pada layar.

 

- Membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan :-

 

a) Alat pendengaran

b) Alat-alat pandangan

c) Alat pandang-dengar

 

Thomas, R. Murray, Swartout, Sherwin G (1963)

 

Alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.

 

 

4)  TEKNOLOGI PENDIDIKAN

 

Nasution (1987)

Teknologi pendidikan ialah media yang lahir dari perkembangan alat informasi yang digunakan untuk tujuan pendidikan.

 

ACT (1977)

Teknologi pendidikan adalah proses kompleks yang terintegrasi meliputi orang, prosedur, gagasan, sarana dan organisasi untuk menganalisis masalah dan merancang, melaksanakan, menilai dan mengelola pemecahan masalah dalam segala aspek belajar manusi.

 

 Good (1973)

Teknologi pendidikan adalah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina sesuatu bagi menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran.

 

Crowell (1971)

 

Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan.

 

Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

 

 

5) TEKNOLOGI INSTRUKSI

 

 

Gagne, Briggs & Walter (1988)

 

Teknologi instruksional sebagai satu bidang yang mengandungi dua komponen, iaitu perancangan dan pembangunan instruksional yang sistematik. Ia adalah aplikasi teori dan lain-lain ilmu dalam pembangunan dan pelaksanaan pengajaran.

 

Encyclopaedia Teknologi Pendidikan (2008)

 

Suatu proses yang sistematik dan berulang untuk mereka bentuk instruksi atau latihan agar dapat meningkatkan prestasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sistem, persekitaran, alat, produk, dan strategi yang bijak untuk meningkatkan pembelajaran dan kecekapan manusia.

 

 

RUMUSAN

 

- Media Pengajaran merupakan satu perkara penting dalam memastikan pembelajaran berkesan.

 

- Media pengajaran perlu berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media.

 

- Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana boleh menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti.