Saturday, August 19, 2023
Monday, August 7, 2023
Saturday, August 5, 2023
Rumusan Media Pengajaran Dan Pembelajaran
Media pengajaran merujuk kepada pelbagai alat, teknologi atau bahan yang digunakan untuk menyampaikan maklumat dan bahan pelajaran kepada pelajar dengan tujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan proses pembelajaran. Media pengajaran terdapat dalam pelbagai format seperti buku teks, audio, video, persembahan multimedia, perisian pendidikan, model fizikal, papan putih interaktif dan lain-lain. Penggunaan media pengajaran yang sesuai dapat meningkatkan kualiti pembelajaran, memudahkan pemahaman pelajar terhadap isi pelajaran contohnya melalui penggunaan imej, video dan contoh visual yang lain dan meningkatkan motivasi pelajar dengan menyampaikan kandungan pelajaran secara menarik dan lebih interaktif. Dengan kata lain, media pengajaran adalah untuk memudahkan penyampaian bahan pelajaran, memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar melalui penglibatan aktif dalam pembelajaran, meningkatkan kemahiran berfikir kritis dan menyediakan akses pembelajaran dalam pelbagai persekitaran dan masa.
Guru
seharusnya peka kepada faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan dan penyediaan
media pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan media pengajaran yang sesuai dan
releven akan meningkatkan kualiti pembelajaran dan membantu dalam perkembangan
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lebih lancar, berkesan dan
lebih cekap tanpa pembaziran masa. Penyediaan
media pengajaran haruslah melalui langkah-langkah seperti pencetusan idea,
menyatakan objektif, analisis pelajar, mengumpul dan menyusun bahan, menukar
idea ke bentuk visual, merancang penglibatan pelajar,
semak perancangan dan penerbitan. Selepas
penggunaan media pengajaran, haruslah dianalisis semula media tersebut samaada
ia berkesan atau tidak. Sekiranya masih kurang berkesan, maka perlulah disediakan
semula media pengajaran tersebut.
Walau bagaimanapun, adalah
penting untuk diingati bahawa media pengajaran tidak boleh dianggap sebagai
pengganti kepada peranan guru atau interaksi antara guru dan pelajar. Guru
kekal sebagai elemen utama dalam memberikan bimbingan, memberikan penerangan,
dan menyokong proses pembelajaran pelajar. Media pengajaran hanyalah alat yang
dapat memperkayakan pengalaman belajar tetapi keberhasilannya bergantung kepada
seberapa baik media tersebut diintegrasikan ke dalam proses pembelajaran secara
keseluruhan. Penggunaan media
pengajaran hendaklah diseimbangkan dengan strategi pengajaran yang berkesan dan
perlu diberi perhatian terhadap keperluan dan ciri-ciri pelajar. Dengan
memanfaatkan media pengajaran dengan tepat, diharapkan proses pembelajaran
menjadi lebih menarik, efisien dan bermanfaat untuk pengembangan pengetahuan
dan keterampilan pelajar.
Friday, August 4, 2023
Thursday, August 3, 2023
Tuesday, August 1, 2023
Konsep & Pengertian
1) MEDIA
Heinich (2002)
- Media atau medium
bermakna saluran komunikasi. Media digunakan untuk membantu proses komunikasi.
Schram (1977)
Media merupakan teknologi pembawa maklumat yang dapat di manfaatkan untuk keperluan
pembelajaran.
Torkleson (1972)
Media perlu mempunyai
3 bahagian :
a) Mesej:
lsi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk
memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin
disampaikan.
b) Bentuk Mesej:
Bagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu
ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang
abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.
c) Saluran Mesej:
Peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada
pelajar seperti televisyen, projektor
filem, projektor LCD dan sebagainya.
Briggs (1970)
Media ialah alat untuk
memberikan perangsang kepada pelajar supaya berlaku proses
pembelajaran.
Gagne (1970)
Media ialah pelbagai
jenis komponen yang dapat merangsang
pelajar untuk belajar.
2) MEDIA PENGAJARAN
Heinich
(2002)
Jika media membawa mesej tentang pengajaran,
maka media tersebut digelar sebagai media pengajaran.
Kemp dan Smellie (1994)
Media
pengajaran sebagai audio visual dan bahan-bahan yang
berkaitan dengannya yang berfungsi dalam perlaksanaan sesuatu
pengajaran.
Ngui Kuan
Sang (1989)
Satu pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan atau pendengaran seseorang
serta teknik-teknik pengajaran, termasuk
proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini bermakna ia adalah satu proses pengalaman
yang total.
Schram (1977)
Media
pengajaran adalah teknologi pembawa pesan yang
dapat dimanfaatkan untuk keperluan pengajaran.
Brown (1973)
Media
pengajaran ialah yang digunakan dalam kegiatan pengajaran dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran.
3) BAHAN BANTU PENGAJARAN
Noor Azlan dan Nurdalina (2010)
Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang signifikan dalam proses pembelajaran dan
pemudahcaraan untuk meningkatkan kefahaman murid
terhadap konsep yang diajarkan oleh guru serta mampu meningkatkan
motivasi instrinsik dalam diri murid untuk
terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran.
Omardin Ashaari (1999)
Bahan bantu mengajar dapat mengatasi pelbagai permasalahan yang berkaitan dengan pengajaran guru untuk meningkatkan kefahaman
murid terhadap isi pelajaran yang disampaikan.
Brown (1983)
Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat
bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu
kelengkapan yang digunakana oleh guru atau murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah.
Atan Long (1982)
BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan
sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara
bagi tujuan untuk membantu guru dan murid. Bahan ini diterbitkan dalam
buku, carta, atau slaid yang ditayangkan pada layar.
- Membahagikan alat bantu mengajar kepada
tiga kumpulan :-
a) Alat pendengaran
b) Alat-alat pandangan
c) Alat pandang-dengar
Thomas, R. Murray, Swartout, Sherwin G
(1963)
Alat
bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang
mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar
yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah
dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.
4)
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Nasution (1987)
Teknologi pendidikan ialah media yang lahir dari perkembangan alat informasi yang digunakan untuk
tujuan pendidikan.
ACT (1977)
Teknologi
pendidikan adalah proses kompleks yang terintegrasi meliputi
orang, prosedur, gagasan, sarana dan organisasi untuk menganalisis
masalah dan merancang, melaksanakan, menilai dan mengelola pemecahan
masalah dalam segala aspek belajar manusi.
Good (1973)
Teknologi
pendidikan adalah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk
membina sesuatu bagi menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran.
Crowell (1971)
Teknologi pendidikan ialah gabungan
manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk
memberi kesan baik kepada proses pendidikan.
Kesimpulan: Teknologi
pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi
yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran
dan keberkesanan dalam pembelajaran.
5) TEKNOLOGI INSTRUKSI
Gagne, Briggs & Walter (1988)
Teknologi
instruksional sebagai satu bidang yang mengandungi dua komponen, iaitu perancangan dan pembangunan instruksional yang sistematik.
Ia adalah aplikasi teori dan lain-lain ilmu dalam pembangunan dan pelaksanaan
pengajaran.
Encyclopaedia Teknologi Pendidikan (2008)
Suatu
proses yang sistematik dan berulang untuk mereka bentuk instruksi atau latihan agar dapat meningkatkan
prestasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sistem, persekitaran, alat, produk, dan strategi yang
bijak untuk meningkatkan pembelajaran dan kecekapan manusia.
RUMUSAN
- Media Pengajaran
merupakan satu perkara penting dalam memastikan pembelajaran berkesan.
- Media pengajaran perlu
berfokuskan kepada pemilihan format atau
bentuk media.
- Penggunaan media
pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana boleh menimbulkan
minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti.